Perjalanan Yang Indah

Perjalanan Yang Indah
Bercuti meluaskan pemandangan

Tuesday, 28 October 2014

Tazkirah : Usah Bersedih

Diambil dari satu page facebook. Kata-katanya mendalam.

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan jika tidak keberatan.

Thursday, 23 October 2014

Fistula in ano

Hi semua! Hari ini Sya nak cerita sikit tentang fistula in ano. Apa tu????

Nama pelik. Makanan ke? Bukan!!!!

Sya pernah mengidap penyakit bernama fistula in ano ini. Sebelum ini ada juga lah google apa la fistula ini. Info tu ada, tapi untuk Sya yang bukan dalam aliran medical ni kan, hum.. blur sikit. cuma ada la 2,3 blog yang cerita kan info pasal ini. Kebanyakkannya menulis  kerana pengalaman sendiri atau pengalaman orang terdekat mereka.

                                                               (gambar ehsan google)

Ha.. anda faham tak apa itu fistula in ano dengan melihat gambar di atas?
Jom Sya review sikit apa la bende fistula ni sebenarnya. (maaf ya, ini dari kaca mata dan pemahaman seorang pelajar yang amik jurusan makanan sajork..)

Sebenarnya, Sya mengalami bengkak di bahagian punggung. Tak la diketahui sakit kenapa. Namun, bila pergi ke klinik, doktor terus marah, dan sarankan Sya ke hospital. Rupanya, bisul besar! Allahuakbar. Sya tak tahu pula, itu bisul. Yalah.. biasa bisul yang Sya tahu, ada nanah, dan ada mata bisul. Ni tak ada apa pun, bengkak sikit aje. Rupanya besar di dalam punggung. Bisul tu dah meletup dalam kereta. Baunya, tak usah cakap. So datang ke hospital.. terus di bawa masuk ke wad, sejam lepas tu terus di tolak ke operation theatre.

Panik.

Mana sangka teruk macam ini. masa tu banyak selawat dan sebut ayat La tahzan..... Dekat 2 jam, baru keluar dari dewan bedah itu. Sebenarnya Sya takut. Tak ada pengalaman langsung pun masuk hospital dari kecik sampai la umur 29 tahun ni. Demam pun payah sekali.. inikan pula nak jejak hospital.

Bisul Sya besar. Bagi bukan pengidap kencing manis macam Sya ini, macam tak logik dapat bisul sebesar itu. Bisul tu dalamnya sejengkal aje, sampai nampak tulang pinggul. Luas bukaannya, dianggarkan besar mulut cawan biasa saja. Esoknya, Doktor buat daily dressing.. Hanya Allah je tahu sakitnya macam mana.  3 roller gauze disumbat dalam lubang yang ditoreh dek doktor tu. Sebab Sya tak tahan sakit, doktor suggest buat vakum untuk 3 hari (lepas jerit kuat..Hehe). Alhamdulillah, lepas 3 hari doktor cakap, daging dah mula naik sedikit. Cuma yang tak bestnya, kena baring je dalam tempoh 3 hari tu. Semua benda buat atas katil. Sya tak ada pengalaman melahirkan anak, so.... sekarang macam boleh rasalah kot.. sikit.. (ngeri)

Dah seminggu menginap di hospital, Sya dibenarkan discharge.. Balik tu, x boleh nak jalan sangat pun sebenarnya. Lagi nak proses membuang air (siksanya)... Then hari-hari kena pergi dressing luka. atas arahan pakar, Sya kena dressing dekat hospital selama 2 minggu, kemudian baru lah pergi ke klinik kesihatan berdekatan. Sebelum dressing tu, Sya kena buat sitz bath, iaitu merendam luka dengan air garam. Mula-mula, buka gauze yang disumbat dalam luka dan rendam (sitz bath) selama 20 minit. Percayalah. ni la benda Sya serik sekali. Kesakitan tu masih lagi teringat-ingat.

Dalam masa 3 bulan baru lah luka tu makin mengecil sehingga lah lubang tu tinggal sehalus lidi sahaja. Dalam hati dah gembira, sebab dah sembuh. Namun... luka tu terbuka balik.. esok dia tutup.. esoknya buka balik. Nasiblah hospital ada 3 month checkup tu... Doktor mengesahkan Sya mengalami fistula in ano. Orang biasa memang ada kemungkinan kena penyakit ni. Dan bagi pesakit macam Sya yang pernah dibedah kerana bisul, kemungkinannya amatlah besar sekali untuk menghidap fistula in ano.

Dalam bulan May 2014, Sya menjalani permbedahan kali ke 2. Masa ini, Doktor terangkan yang dorang akan tengok sejauh mana lubang tu pergi. Kemudian baru korek semula daging dan buang fistula tadi. Masalahnya, lubang kecil tadi tu, bersambung dengan anus Sya. Memang akan ada cairan yang keluar cari lubang tadi masa kita buang air besar. Kadang-kadang darah, nanah, dan sesekali keluar ta**... Betul Sya tak tipu.  Itulah fistula.

Lepas pembedahan , baru doktor beritahu Sya punya keadaan ini rumit, lubang tu buat curf cantik punya dalam daging. So doktor buat seton treatment.


                                                                  seton treatment
                                                            (gambar ehsan google)



 Itulah seton. Nampak kan tali kat gambar atas tu? Doktor ikat macam tulah. Sya cuma perlu buat sitz bath aje lepas operation ke dua ni. Namun... lepas 2 minggu, Sya pergi lah check up di hospital... Dr nak ketatkan benang tu supaya lubang tu makin ke bawah dan daging baru akan tumbuh. Sya rasa sakit sangat, sampai doktor sentuh pun Sya tak tahan. So doktor akar cadang Sya dibedah lagi hanya untuk ketatkan seton tu. Hurm...

Seminggu kemudian, Sya di bedah lagi. Buat sitz bath lagi, dressing lagi setiap hari. Jemu? hurm. Mengalah? hurm... tak tahu nak cakap apa dah. tapi Sya redha. Ketika ini, Lubang yang diikat seton tu akan keluar darah dan nanah yang banyak dalam 3 hari. Then okey dah. Itu maknanya, seton yang diikat tu dah potong tisu luka dan luka menjadi semakin cetek, semakin kebawah.. sampailah ikatan tu longgar. Kemudian Sya ke hospital setiap 2 minggu untuk mengetatkan semula seton tu. 2 kali saje doktor ketatkan. Tak tahu nak cakap kesakitannya macam mana. Hanya mampu berselawat. Cuma nak cerita, lepas doktor ketatkan tu, Sya langsung x boleh duduk.. berjalan tak boleh...pergerakan terhad. rasa ngilu dan pedih..bisa...

Seton tu akan tertanggal sendiri bila sampai masanya. Dalam kes Sya ni, ambil masa 2 bulan juga selepas pembedahan ke dua. Sya sempat la beraya dengan ikatan seton tu tahun ni (lawak je tau)...

Alhamdulillah. Bila nampak seton dah tanggal, hati ini mengucapkan syukur yang amat. Seminggu selepas tu, lubang dah tertutup. alhamdulillah (3x). Cuma, ada sedikit lekuk la... tapi tak kisah la..
La ni.. after 2 bulan, daging dah tumbuh kembali. Tak ada lah lekuk-lekuk tu semua. Alhamdulillah.

After all... lepas tengok kalendar kan, dah hampir setahun perkara ni berlaku. Dan ketika itulah jua masters ku terbengkalai. Time to boost up semula. InsyaAllah.  Sesungguhnya Allah itu menyembuhkan.. jiwa dan raga. La tahzan......

Sekian.

p/s : maaf panjang sangat celoteh. Sekadar berkongsi pengalaman. Kalau tak faham apa itu fistula, ce google ya!








La Tahzan







Izinkan saya menulis sesuatu mengenai gambar di atas ini...

Seorang rakan pernah mengucapkan perkataan ini ketika zaman saya melanjutkan pelajaran di zaman sarjana muda saya di universiti. Maklumlah, muda lagi, tak menarik minat pun, sekadar mendengar di angin lalu. Namun, dalam 4 tahun kebelakangan ini, saya mengalami pelbagai peristiwa kehidupan. Tidak malu saya katakan, kehidupan saya baru bermula. Ya, kehidupan dewasa.

Berita paling sedih sekali adalah ketiadaan bonda di sisi ketika di akhir tahun pengajian degree saya. Terasa dunia ini gelap. Susah payah saya dalam masa ini saya sorang yang tahu. Ketika ini, ayat ini mula bertamu di hati dan di bibir saya. Anak perempuan sulung... ya, saya banyak menguruskan keluarga .. hingga kini.

Hidup yang baru bermula ini, banyak mengajar saya mengenai kehidupan sebenar. siapa musuh, siapa lawan dan siapa sebenarnya kawan. Pernah diberi ujian di khianati kawan-kawan, menderita disihir pelbagai penjuru, masalah pengajian sarjana, semuanya membuatkan hati rawan.

Ketika ini lah iman saya diuji.

Namun Allah menemukan saya dengan seseorang yang boleh memulihkan keadaan diri yang sudah teruk. Jiwa yang rapuh. Alhamdulillah berkat doa beliau, saya dalam proses pemulihan 'major'. Akan saya ceritakan di post akan datang, dimana saya ditakdirkan Allah mengidap  satu penyakit.. setahun yang lalu. Bercakap mengenainya, saya jadi ngeri..

Doa yang tidak putus-putus ke hadrat Ilahi, redha dengan ujiannya, berhadapan masyarat yang suka bercakap tentang orang lain, ya.. mencabar sungguh. Sabar adalah ubatnya, namun, tidak mudah tau untuk melaluinya. (percayalah!)

Ayat La Tahzan ini, sebenarnya menjadi pengubat hati kita yang bersedih. Percaya lah, ada sinar yang akan menerangi kegelapan.

Percayalah kepada Allah. Jangan pernah berpaling dariNya. Dan ingatlah, ketika kita hilang bahu untuk bersandar, jangan lupa kita ada lantai untuk bersujud.

Sekian.

Thursday, 2 October 2014

"Maaf Jika Aku Tak Sempurna"

Hi semua, amboi memang dah lama Sya tak update blog. Sibuk sikit sekarang, bila ada masa baru boleh menulis semula. Ha, moh kita terus ke isi penting entri kali ini. :)


Novel hasil nukilan Acik Lana kali ni boleh tahan juga. Sesuai lah juga untuk bacaan kini, walaupun boleh agak dah jalan cerita dia. Hampir sama saja dengan penulis lain. Namun.... Acik Lana pandai menggarap cerita untuk jadi unik sedikit,  lebih matang (sorry ya, sekarang ramai penulis budak-budak, so bahasa dan jalan cerita flow tak cantik), manja... membuatkan diri terbuai je membacanye.. hik hik. Sya membesar dengan membaca buku cerita hasil nukilan Norhayati Ibrahim, Fauziah Ashari, Eina Emir (sekadar menyebut beberapa nama aje) yang mana cerita ni memang boleh dikategorikan tragis juga. Cara novelis ni menulis sedikit matang , tersusun dan ... hum...lu fikirlah sendiri.. Bila dah sedikit berusia ni, makin ramai penulis baru..So Sya akan cari novel yang berkualiti untuk dibaca, maklumlah dah di tadahkan dengan cerita-cerita berat sebelum ini kan... So, Acik Lana ni antara novelis yang sya akan kumpul novel dia. Ehem... betul ya, tak tipu..Ini pandangan peribadi Sya aje ye. Jangan marah :)



 Cover depan Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
(Sya ambil masa 1 hari aje membacanya. Kalaulah baca jurnal artikel sepantas ini.. humppppppp!!!)
 (gambar ehsan google)


(Gambar ehsan google)

 Ni pula Drama yang di adaptasi dari novel Acik Lana. I'm not a die hard fan drama pukul 7 malam ni. Tapiiiii, boleh tertengok pula mjats ni kat tv. Tak tahu lah kenapa, sebab Fahrin Ahmad ke, sebab Sara Ali ke, sebab Amy Mastura ke... Marr Mohamad ke.. hehehehe... Tapi kalau terlepas, tak apa, boleh aje tengok online. Sya suka tengok kat mmfonline. Senang! takde lah iklan yang semak-semak tu. Nah link dia

http://mmfonline.net/

Soundtrack #mjats ni dinyanyikan oleh Liza Hanim dengan tajuk Egoismu. Macam kene pukau pulak kalau tengok dah sampai episod 18 (setakat 2/10/2014).. lagu tu berhantu.. sedap pulak dengar... dengan kualiti nyanyian kak Liza Hanim kali ini, boleh menusuk jiwa...syahdu pun ye jugak. Kena dengan jalan cerita. Chewah!  :)

Kadang-kadangkan.. sya tercari jugak drama Sara Ali berlakon tau. Bagus lakonan dia, macam dalam drama Alamak... 7 hari lagi (ce cari kat youtube, ada!) Keslumberan dia berlakon dalam filem Kami Histeria... Memang tak boleh blah la dia baca jampi panggil cik langsuir tu. Haha!


 (Gambar ehsan Google)
 Last sekali, Sya suka gambar nih. Candid! Haha, cantik sangat pulau yang dorang shooting nih.... Will be in my travel list. Next!

Itulah sahaja coretan kali ini. Sama-sama lah kita tengok apa jadi pada dorang ini. Walaupun adaptasi dari novel, pihak produksi ade tukar sikit jalan ceritanye... kalau sama 100%, xla best ye dokkk.. sebab kita dah tau dah ape nak jadi selepas ini.

Apa-apa pun good job lah semua!!!

Wednesday, 27 August 2014

Perjalanan Ke Rome 1

Hai. Hari ni saya nak kongsikan perjalanan saya ke Rome, Itali. Walaupun melawat ke sana pada tahun lepas, namun ingin juga saya kongsikan pengalaman pada pembaca. Mana tahu, sebagai petunjuk yang tak seberapa untuk ke sana kan.

Sebenarnya, saya ke sana kerana menghadiri seminar antarabangsa. Sebagai salah seorang peserta yang membentangkan hasil kajian, saya nekad pergi bersama kawan-kawan seperjuangan masters yang lain. Lagipun, syarat untuk bergraduat perlu lah mempunyai satu jurnal yang diterbitkan. Pening juga kepala, kerana proses 'cerewet' untuk editing paper tu yang akan memakan masa. Oleh itu jalan paling selamat adalah memilih jurnal antarabangsa yang terus sahaja terbitkan jurnal saya sebaik saja kita bentang kajian. Sambil tu boleh la jalan-jalan sekali, tengok negara orang. Bijak bukan?

Saya 'target' nak pergi Rome, adalah la 9 bulan sebelum hari kejadian. Time tu dah survey segala tempat penginapan, tiket kapalterbang, taxi ke hotel, Metro (macam LRT tuh), tempat conference, dan temat-tempat yang nak dilawati. Untuk yang bergelar pelajar macam saya ni, biasalah ada limited budget untuk semua. Namun percayalah, kita kena siapkan awal-awal semua benda. Hotel just cari di Agoda sahaja, lagi awal kita cari, lagi murah harganya. Save budget!

KUL-AMSTERDAM

Sampai ke Rome Flucimino Airport pada waktu pagi setelah transit di Amsterdam selama 2 jam setengah. Naik KLM flight. Ada Jet lag la sikit. Kat Amsterdam tu konon-konon nampak la dari udara nak tengok tulip, sayangnya bukan di luar musim. Hampa... Gate arrivals agak jauh juga dari nak ke penerbangan seterusnya. Tercungap-cungap jalan sebab waktu dah suntuk. 

AMSTERDAM - ROME

 Check in di Counter untuk dapatkan tiket. dan bersantai tunggu panggilan nak masuk perut pesawat.
Penerbangan 2 jam lebih sahaja, tak lama pun. Keluar aje dah ade driver taxi tunggu sambil pegang nama kita. Hehe. Naik la taxi (van) tu sambil menikmati pandangan.. Syiok.

ROME

      Gambar dari dalam taxi menuju ke hotel. Ini atas jalan raya, Hotel  kami 40 minit aje dari airport Flucimino.

                                                Pemandangan luar. Cantik kan pokok-pokok tu?


                                                             Bangunan cantik-cantik!
                                                        

                                         Taxi Driver kami. Hansome, tapi pendiam. Siap berkot OK!

                                         Tiba di hotel penginapan kami. Hotel Moscatello. Hotel ni dekat dengan kilang aiskrim yang dah 100 tahun lebih. jalan kaki 50 meter aje.

Ok! setakat itu aje ya. Masa dah suntuk pula. Nanti saya update lagi...

Doa Dipertemukan Jodoh Yang Baik


Salam. Ini lagi satu doa yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Saya akui ada amalkannya juga. Tapi,bila baca rasa cam menusuk kalbu. Mari kita sama-sama berdoa ya. Jangan lupa... untuk yang masih lagi mencari pasangan, memang sesuai di amalkan. Semoga Allah memberikan kita petunjuk. InsyaAllah. Saya terlupa pula di mana saya ambil doa ini. Minta halal ya pada siapa yang post dahulu.
Berikut adalah doanya :

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Doa Ketika Jatuh Cinta

Salam. Hari ini banyak pula 'post' doa di entri saya. Apa salahnya berkongsi kan? Semoga kita semua mendapat manfaat dan di berkata allah selaalu. Selamat beramal!

Allahu Rabbi, aku minta izin Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau Allahu Rabbi,
aku punya pinta Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Allahu Rabbi,
izinkanlah Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu Allahu Rabbi,
pintaku yang terakhir Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu Amiiinnn.......

by KUMPULAN DOA-DOA ISLAM SEHARI-HARI

by Sebutir Mutiara Seindah Wanita on Thursday, September 16, 2010 at 10:10am
b0da87b3-3282-4ec6-a5fc-ab792a0e98c51.03.01