Perjalanan Yang Indah

Perjalanan Yang Indah
Bercuti meluaskan pemandangan

Thursday, 23 October 2014

La Tahzan







Izinkan saya menulis sesuatu mengenai gambar di atas ini...

Seorang rakan pernah mengucapkan perkataan ini ketika zaman saya melanjutkan pelajaran di zaman sarjana muda saya di universiti. Maklumlah, muda lagi, tak menarik minat pun, sekadar mendengar di angin lalu. Namun, dalam 4 tahun kebelakangan ini, saya mengalami pelbagai peristiwa kehidupan. Tidak malu saya katakan, kehidupan saya baru bermula. Ya, kehidupan dewasa.

Berita paling sedih sekali adalah ketiadaan bonda di sisi ketika di akhir tahun pengajian degree saya. Terasa dunia ini gelap. Susah payah saya dalam masa ini saya sorang yang tahu. Ketika ini, ayat ini mula bertamu di hati dan di bibir saya. Anak perempuan sulung... ya, saya banyak menguruskan keluarga .. hingga kini.

Hidup yang baru bermula ini, banyak mengajar saya mengenai kehidupan sebenar. siapa musuh, siapa lawan dan siapa sebenarnya kawan. Pernah diberi ujian di khianati kawan-kawan, menderita disihir pelbagai penjuru, masalah pengajian sarjana, semuanya membuatkan hati rawan.

Ketika ini lah iman saya diuji.

Namun Allah menemukan saya dengan seseorang yang boleh memulihkan keadaan diri yang sudah teruk. Jiwa yang rapuh. Alhamdulillah berkat doa beliau, saya dalam proses pemulihan 'major'. Akan saya ceritakan di post akan datang, dimana saya ditakdirkan Allah mengidap  satu penyakit.. setahun yang lalu. Bercakap mengenainya, saya jadi ngeri..

Doa yang tidak putus-putus ke hadrat Ilahi, redha dengan ujiannya, berhadapan masyarat yang suka bercakap tentang orang lain, ya.. mencabar sungguh. Sabar adalah ubatnya, namun, tidak mudah tau untuk melaluinya. (percayalah!)

Ayat La Tahzan ini, sebenarnya menjadi pengubat hati kita yang bersedih. Percaya lah, ada sinar yang akan menerangi kegelapan.

Percayalah kepada Allah. Jangan pernah berpaling dariNya. Dan ingatlah, ketika kita hilang bahu untuk bersandar, jangan lupa kita ada lantai untuk bersujud.

Sekian.

No comments:

Post a Comment