Perjalanan Yang Indah

Perjalanan Yang Indah
Bercuti meluaskan pemandangan

Thursday, 23 October 2014

Fistula in ano

Hi semua! Hari ini Sya nak cerita sikit tentang fistula in ano. Apa tu????

Nama pelik. Makanan ke? Bukan!!!!

Sya pernah mengidap penyakit bernama fistula in ano ini. Sebelum ini ada juga lah google apa la fistula ini. Info tu ada, tapi untuk Sya yang bukan dalam aliran medical ni kan, hum.. blur sikit. cuma ada la 2,3 blog yang cerita kan info pasal ini. Kebanyakkannya menulis  kerana pengalaman sendiri atau pengalaman orang terdekat mereka.

                                                               (gambar ehsan google)

Ha.. anda faham tak apa itu fistula in ano dengan melihat gambar di atas?
Jom Sya review sikit apa la bende fistula ni sebenarnya. (maaf ya, ini dari kaca mata dan pemahaman seorang pelajar yang amik jurusan makanan sajork..)

Sebenarnya, Sya mengalami bengkak di bahagian punggung. Tak la diketahui sakit kenapa. Namun, bila pergi ke klinik, doktor terus marah, dan sarankan Sya ke hospital. Rupanya, bisul besar! Allahuakbar. Sya tak tahu pula, itu bisul. Yalah.. biasa bisul yang Sya tahu, ada nanah, dan ada mata bisul. Ni tak ada apa pun, bengkak sikit aje. Rupanya besar di dalam punggung. Bisul tu dah meletup dalam kereta. Baunya, tak usah cakap. So datang ke hospital.. terus di bawa masuk ke wad, sejam lepas tu terus di tolak ke operation theatre.

Panik.

Mana sangka teruk macam ini. masa tu banyak selawat dan sebut ayat La tahzan..... Dekat 2 jam, baru keluar dari dewan bedah itu. Sebenarnya Sya takut. Tak ada pengalaman langsung pun masuk hospital dari kecik sampai la umur 29 tahun ni. Demam pun payah sekali.. inikan pula nak jejak hospital.

Bisul Sya besar. Bagi bukan pengidap kencing manis macam Sya ini, macam tak logik dapat bisul sebesar itu. Bisul tu dalamnya sejengkal aje, sampai nampak tulang pinggul. Luas bukaannya, dianggarkan besar mulut cawan biasa saja. Esoknya, Doktor buat daily dressing.. Hanya Allah je tahu sakitnya macam mana.  3 roller gauze disumbat dalam lubang yang ditoreh dek doktor tu. Sebab Sya tak tahan sakit, doktor suggest buat vakum untuk 3 hari (lepas jerit kuat..Hehe). Alhamdulillah, lepas 3 hari doktor cakap, daging dah mula naik sedikit. Cuma yang tak bestnya, kena baring je dalam tempoh 3 hari tu. Semua benda buat atas katil. Sya tak ada pengalaman melahirkan anak, so.... sekarang macam boleh rasalah kot.. sikit.. (ngeri)

Dah seminggu menginap di hospital, Sya dibenarkan discharge.. Balik tu, x boleh nak jalan sangat pun sebenarnya. Lagi nak proses membuang air (siksanya)... Then hari-hari kena pergi dressing luka. atas arahan pakar, Sya kena dressing dekat hospital selama 2 minggu, kemudian baru lah pergi ke klinik kesihatan berdekatan. Sebelum dressing tu, Sya kena buat sitz bath, iaitu merendam luka dengan air garam. Mula-mula, buka gauze yang disumbat dalam luka dan rendam (sitz bath) selama 20 minit. Percayalah. ni la benda Sya serik sekali. Kesakitan tu masih lagi teringat-ingat.

Dalam masa 3 bulan baru lah luka tu makin mengecil sehingga lah lubang tu tinggal sehalus lidi sahaja. Dalam hati dah gembira, sebab dah sembuh. Namun... luka tu terbuka balik.. esok dia tutup.. esoknya buka balik. Nasiblah hospital ada 3 month checkup tu... Doktor mengesahkan Sya mengalami fistula in ano. Orang biasa memang ada kemungkinan kena penyakit ni. Dan bagi pesakit macam Sya yang pernah dibedah kerana bisul, kemungkinannya amatlah besar sekali untuk menghidap fistula in ano.

Dalam bulan May 2014, Sya menjalani permbedahan kali ke 2. Masa ini, Doktor terangkan yang dorang akan tengok sejauh mana lubang tu pergi. Kemudian baru korek semula daging dan buang fistula tadi. Masalahnya, lubang kecil tadi tu, bersambung dengan anus Sya. Memang akan ada cairan yang keluar cari lubang tadi masa kita buang air besar. Kadang-kadang darah, nanah, dan sesekali keluar ta**... Betul Sya tak tipu.  Itulah fistula.

Lepas pembedahan , baru doktor beritahu Sya punya keadaan ini rumit, lubang tu buat curf cantik punya dalam daging. So doktor buat seton treatment.


                                                                  seton treatment
                                                            (gambar ehsan google)



 Itulah seton. Nampak kan tali kat gambar atas tu? Doktor ikat macam tulah. Sya cuma perlu buat sitz bath aje lepas operation ke dua ni. Namun... lepas 2 minggu, Sya pergi lah check up di hospital... Dr nak ketatkan benang tu supaya lubang tu makin ke bawah dan daging baru akan tumbuh. Sya rasa sakit sangat, sampai doktor sentuh pun Sya tak tahan. So doktor akar cadang Sya dibedah lagi hanya untuk ketatkan seton tu. Hurm...

Seminggu kemudian, Sya di bedah lagi. Buat sitz bath lagi, dressing lagi setiap hari. Jemu? hurm. Mengalah? hurm... tak tahu nak cakap apa dah. tapi Sya redha. Ketika ini, Lubang yang diikat seton tu akan keluar darah dan nanah yang banyak dalam 3 hari. Then okey dah. Itu maknanya, seton yang diikat tu dah potong tisu luka dan luka menjadi semakin cetek, semakin kebawah.. sampailah ikatan tu longgar. Kemudian Sya ke hospital setiap 2 minggu untuk mengetatkan semula seton tu. 2 kali saje doktor ketatkan. Tak tahu nak cakap kesakitannya macam mana. Hanya mampu berselawat. Cuma nak cerita, lepas doktor ketatkan tu, Sya langsung x boleh duduk.. berjalan tak boleh...pergerakan terhad. rasa ngilu dan pedih..bisa...

Seton tu akan tertanggal sendiri bila sampai masanya. Dalam kes Sya ni, ambil masa 2 bulan juga selepas pembedahan ke dua. Sya sempat la beraya dengan ikatan seton tu tahun ni (lawak je tau)...

Alhamdulillah. Bila nampak seton dah tanggal, hati ini mengucapkan syukur yang amat. Seminggu selepas tu, lubang dah tertutup. alhamdulillah (3x). Cuma, ada sedikit lekuk la... tapi tak kisah la..
La ni.. after 2 bulan, daging dah tumbuh kembali. Tak ada lah lekuk-lekuk tu semua. Alhamdulillah.

After all... lepas tengok kalendar kan, dah hampir setahun perkara ni berlaku. Dan ketika itulah jua masters ku terbengkalai. Time to boost up semula. InsyaAllah.  Sesungguhnya Allah itu menyembuhkan.. jiwa dan raga. La tahzan......

Sekian.

p/s : maaf panjang sangat celoteh. Sekadar berkongsi pengalaman. Kalau tak faham apa itu fistula, ce google ya!








6 comments:

  1. So sekarang mcmna? Dah pulih sepenuhnya?

    ReplyDelete
  2. So sekarang mcmna? Dah pulih sepenuhnya?

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar... Skrg dh baik ke sis .. sy pun pesakit fistula in ano doc suggest Pasang Seton .. bila baca blog sis hati Rasa TKT menagis hanya Allah je tau hati perasaan hambanya ..

    ReplyDelete
  4. Sekarang saya sedang mengalaminya. Baru lepas 2 minggu pembedahan buang kantung nanah tu. Luka yg dijahit terbuka tunggu isi tumbuh. In recovery now. Siton yg dipasang tak tak tahu bila akan dibuang atau tertanggal. Insya Allah. Doakan saya sembuh. Terima kasih kepada penulis blog inu kerana sudi berkongsi pengalaman. Jadi saya tahu ini bukan penyakit baru dan tidak keseorangan. Doktor dan para ahli bidang perubatan sudah ada jalan penyelesaian. Yang penting, jaga kebersihan diri supaya tidak dihinggapi penyakit. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Prevention is better than cure. I learn the hard way... Huhuhu... Thanks again.

    ReplyDelete
  5. Cuba ceritakan kosnya berapa

    ReplyDelete